Samping Tengku Zafrul hasil tenunan penghuni Penjara Penor
KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kain samping yang dipakainya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat ialah hasil tangan penghuni Penjara Penor, Pahang.
"Samping yang saya kenakan pada hari ini adalah tenunan Pahang Diraja," katanya.
Menurutnya, Jabatan Penjara Malaysia akan diperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan antaranya untuk memberikan kemahiran vokasional kepada banduan.
"Melalui program ini, banduan penjara menghasilkan pelbagai jenis produk di bawah MyPRIDE dan Tenun Pahang Diraja," katanya.
Beliau berkata, bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas banduan dan bekas penagih dadah serta mengintegrasikan golongan ini ke dalam masyarakat, potongan cukai tambahan yang diberikan kepada majikan yang menggaji golongan ini akan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!