RM1.4 bilion untuk Skim Pembangunan Nasional

Seorang lelaki menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz secara dalam talian hari ini. - Foto Bernama
Seorang lelaki menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz secara dalam talian hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 bilion ringgit oleh Bank Pembangunan Malaysia akan diperkenalkan bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, skim itu juga bagi meningkatkan penghasilan produk tempatan seperti peralatan perubatan.

"Selain itu, Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan dana sebanyak RM3.7 bilion.

"Daripada keseluruhan dana skim-skim tersebut, RM500 juta dikhususkan kepada usahawan Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam sektor utama," katanya.

Menurutnya, untuk terus membantu PKS terkesan, kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar bernilai RM2 bilion di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan.

Sementara itu, Inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 akan diteruskan dan diperluaskan ke Pulau Pinang dan bandar Kuantan dengan peruntukan RM300 juta.

Katanya, inisiatif terbabit bagi membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana dengan harga RM30 sebulan.

"Selain itu, pas perjalanan bulanan tanpa had dengan harga RM5 akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah Tahun Satu hingga Tingkatan Enam serta golongan OKU.

"Mereka boleh menggunakan pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren

Artikel Berkaitan:

"Sabah di jajaran Beaufort - Tenom. Jika tambang sekarang secara puratanya ialah RM5 sehari, maka bermula tahun hadapan, tambangnya hanyalah RM5 ringgit sebulan," katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM150 juta untuk Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti.

"Sebelum ini program dilaksanakan di Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu dan akan diperluas secara berfasa ke Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuantan.

"Bagi mengurangkan beban pengusaha bas, kerajaan akan melanjutkan pengecualian cukai jualan bagi pembelian bas siap dalam negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!