KKM rakam penghargaan keprihatinan kerajaan
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021.
Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan perkhidmatan kesihatan awam berkaitan pandemik koronavirus (Covid-19).
"RM1 bilion tambahan diberikan kepada KKM untuk kesiapsiagaan dalam memerangi Covid-19. Alhamdulillah," ciapnya.
Sementara itu, mengulas mengenai peruntukan RM90 juta untuk program imunisasi pneumokokal kepada kanak-kanak, beliau berkata, ia amat dinantikan oleh KKM.
Terdahulu dalam pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan melaksanakan program imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak dengan peruntukan RM90 juta yang dijangka memanfaatkan 500,000 kanak-kanak.
KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi.
Peruntukan RM90 juta utk vaksin pneumococcal kpd 500,000 kanak2 melalui Program Imunisasi Kebangsaan sememangnya sesuatu yang amat dinanti-nantikan pic.twitter.com/GRbI6TajQ2— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 6, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!