RM35 juta untuk industri pelancongan kesihatan

Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur dilihat mengikuti siaran secara langsung pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini. - Foto Bernama
Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur dilihat mengikuti siaran secara langsung pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM35 juta diperuntukkan untuk industri pelancongan kesihatan yang dilihat berpotensi untuk menjadi sebagai pelaburan baharu negara kata, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM35 juta kepada Malaysia Healthcare Travel Council bagi meningkatkan daya saing industri pelancongan kesihatan tempatan.

"Kerajaan juga akan melanjutkan pengecualian cukai pendapatan bagi eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sehingga tahun 2022," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, kerajaan memperuntukkan RM100 juta daripada langganan Sukuk Prihatin bagi menjalankan penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit merangkumi pembangunan vaksin, serta kajian rawatan dan diagnostik.

Tengku Zafrul berkata, selain itu bagi memastikan Malaysia menjadi tumpuan pelaburan terutamanya dalam pengeluaran vaksin, ubat dan peranti perubatan dalam negara, kerajaan akan memperkasa Program Perjanjian Off-Take Kementerian Kesihatan untuk menarik pelaburan ke negara ini dan potensi pengeluaran ubat dan vaksin pada masa depan.

"Sebagai tambahan, bagi menggalakkan syarikat pengeluar produk farmaseutikal termasuk vaksin khususnya vaksin Covid-19 untuk melabur di Malaysia, pemberian galakan kadar cukai pendapatan antaranya 0 hingga 10 peratus untuk 10 tahun pertama," katanya.

Dalam pada itu, katanya, empat syarikat sarung tangan utama iaitu Top Glove, Hartalega, Supermax dan Kossan turut menyatakan komitmen untuk menyumbang sebanyak RM400 juta bagi memerangi Covid-19 termasuk menampung sebahagian kos vaksin Covid-19 dan kos perbelanjaan peralatan kesihatan.

"Kerajaan amat menghargai komitmen sektor swasta, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan individu yang sama-sama menyumbang dalam usaha ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!