Langkah pertama banteras pasaran gelap tembakau

Jonathan Reed
Jonathan Reed
A
A
A

BUKIT DAMANSARA - British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) mengalu-alukan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memperkenalkan langkah-langkah membanteras pasaran gelap tembakau dalam ucapan Belanjawan 2021 hari ini.

BAT Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, meraka melihat langkah-langkah itu sebagai sebahagian daripada tindakan pertama untuk menyekat bekalan rokok tidak sah ke Malaysia.

BAT Malaysia juga menekankan bahawa langkah kerajaan ini perlu diambil dan tepat pada masanya memandangkan Malaysia kini menguasai 65 peratus daripada seluruh pasaran dan berada di kedudukan nombor 1 di dunia bagi rokok tidak sah.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, mereka menghargai usaha Menteri Kewangan dan kerajaan Malaysia yang memandang berat dan mengakui ancaman besar yang ditimbulkan oleh pasaran gelap tembakau dan mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu ini.

“Kadar cukai tinggi yang dikenakan ke atas rokok sah telah mewujudkan permintaan berterusan bagi rokok tidak sah yang murah. Pasaran gelap tembakau bukan sahaja menimbulkan kerugian berbilion Ringgit dari segi cukai yang tidak dikutip, tetapi turut membiayai kegiatan jenayah, menggalakkan rasuah dan meningkatkan tabiat merokok di kalangan belia," katanya.

Reed berkata, mereka juga percaya usaha untuk menambah baik penguatkuasaan pada masa depan perlu disokong oleh reformasi eksais untuk benar-benar membanteras pasaran gelap tembakau.

" Jurang harga antara produk sah dan tidak sah adalah terlalu besar, lantas menimbulkan situasi yang tidak boleh ditangani melalui penguatkuasaan semata-mata.

“Hakikatnya, kami yakin bahawa pengguna Malaysia mahu mematuhi undang-undang. Jika diberi pilihan wajar untuk membeli produk sah pada harga berpatutan, kebanyakan mereka tidak mahu menyerahkan wang kepada penjenayah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat petang tadi, Tengku Zafrul mengumumkan mulai 1 Januari 2021 juga, kerajaan akan mengenakan langkah membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu, mengetatkan pembaharuan lesen import rokok dan mengehadkan aktiviti penghantaran rokok kepada pelabuhan tertentu.

Selain itu kerajaan akan mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik ke atas semua rokok import bagi tujuan penghantaran dan eksport semula, tidak membenarkan aktiviti penghantaran dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit dan mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!