Harga RON95, RON97 turun 3 sen, diesel turun 6 sen
KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 7 November hingga 13 November ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.61, RM1.91 dan RM1.68 seliter.
“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu hari ini. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!