KKM akan lakukan penilaian risiko sebelum laksana PKPD, PKPB
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan penilaian risiko ke atas kawasan yang mencatatkan 21 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) dan ke atas sebelum menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat dilaksanakan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri berkata, penilaian risiko ini juga akan menentukan sama ada PKPD atau PKPB itu dilaksanakan di lokaliti tertentu atau di seluruh daerah atau negeri yang berkenaan.
"Untuk itu pengenalan kita kepada PKPB dalam beberapa negeri seperti Sabah, Lembah Klang (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor) dan beberapa tempat (lagi) kita laksanakan PKPD.
"Kaedah ini adalah sebagai tindakan. Setakat ini KKM cadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Walau bagaimanapun dengan peningkatan kes yang mungkin mendadak, kita ingin cadangkan (selepas melakukan penilaian risiko), kita kembali kepada PKPD di kawasan yang mencacatkan lebih 2 kes," katanya pada sidang akhbar selepas selesai pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan yang akan diambil kementeriannya susulan kes positif Covid-19 hari ini mencatatkan jumlah tertinggi sejak wabak itu dikesan di negara ini iaitu dengan 1,755 kes.
Mengulas lanjut, Adham berkata, meskipun Sabah mencacatkan jumlah kes tertinggi, namun kes positif dilihat telah berselerak di negeri-negeri lain khususnya di kawasan mencatatkan kepadatan penduduk yang tinggi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!