30 minit pujuk remaja cuba bunuh diri

Seorang remaja berusia 16 tahun yang cuba membunuh diri diselamatkan anggota JBPM Kedah berhampiran Kompleks Pas, Kota Sarang Semut awal pagi tadi.
Seorang remaja berusia 16 tahun yang cuba membunuh diri diselamatkan anggota JBPM Kedah berhampiran Kompleks Pas, Kota Sarang Semut awal pagi tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berjaya menyelamatkan seorang remaja warganegara Thailand yang cuba membunuh diri berhampiran Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.53 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja bergegas ke lokasi kejadian pada jam 1.05 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki warga Thailand berumur 16 tahun didapati telah memanjat sebuah papan tanda untuk membunuh diri.

"Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk mangsa untuk turun dari papan tanda berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pihak bomba telah menggunakan khidmat anggota Pasukan Bomba Sukarela yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand bagi memujuk mangsa sebelum dibawa turun dengan selamat.

"Anggota mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk mangsa.

"Mangsa kemudiannya diserahkan pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya lebih kurang jam 2.07 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!