Lelaki 'main' TikTok pakai uniform polis ditahan

Antara barangan yang dirampas daripada bekas sukarelawan polis Khamis lalu.
Antara barangan yang dirampas daripada bekas sukarelawan polis Khamis lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Gara-gara memuat naik rakaman video menerusi aplikasi TikTok dengan mengenakan pakaian seragam polis, seorang bekas sukarelawan polis ditahan di Jalan Medan Niaga di sini Khamis lalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 petang di hadapan sebuah restoran susulan laporan yang diterima di Balai Polis Subang Jaya.

Menurut sumber, hasil soal siasat, polis kemudiannya menyerbu kediaman suspek di Taman Kuala Selangor dan merampas dua pasang pakaian seragam polis selain beberapa aksesori seperti tanda nama dan topi.

"Hasil siasatan mendapati suspek merupakan bekas sukarelawan polis pada tahun 2014 dan tidak memulangkan seragam itu selepas khidmatnya tidak diperlukan.

"Suspek dipercayai bertindak demikian untuk meniru gaya pelakon, Rajnikanth menerusi filem Darbar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan tersebut.

"Orang awam diingatkan agar tidak menyimpan, memiliki dan mempamerkan pakaian seragam pasukan keselamatan kerana ia merupakan satu kesalahan.

"Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang bertindak sedemikian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!