Polis terima laporan baharu kes dera bayi

YAHYA
YAHYA
A
A
A

IPOH - Polis menerima laporan baharu yang dibuat terhadap pengasuh berhubung kes kematian seorang bayi berusia sembilan bulan dipercayai didera, 28 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, laporan yang diterima kelmarin, membabitkan bayi lelaki juga berusia sembilan bulan yang dipercayai didera ketika dibawah penjagaan pengasuh berusia 28 tahun itu.

"Maklumat terbaru ada keluarga buat laporan anak mereka ada kesan penderaan melibatkan pengasuh yang sama. Mereka mendakwa terdapat tiga kesan penderaan, dua di kepala dan telinga seperti dicubit.

"Keluarga membuat laporan setelah mendapat tahu ada bayi lain yang didera oleh pengasuh sama yang menjaga anak mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan membuat tangkapan terhadap pengasuh itu setelah laporan perubatan siap dikeluarkan.

"Bayi itu tidak lagi dijaga oleh pengasuh terbabit setelah terdapat kesan penderaan sepanjang tempoh sembilan bulan menjaganya.

"Bagi laporan terbaharu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kanak-kanak 2001 manakala kes kematian bayi itu pula disiasat mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!