Tuah foto ulang tahun perkahwinan

Gambar ulang tahun perkahwinan ke-49 membawa tuah kepada Saroni (tengah) yang dipilih sebagai pemenang mingguan Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku.
Gambar ulang tahun perkahwinan ke-49 membawa tuah kepada Saroni (tengah) yang dipilih sebagai pemenang mingguan Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku.
A
A
A

SHAH ALAM - Gambar ulang tahun perkahwinan ke-49 membawa tuah kepada seorang pembaca setia Sinar Harian dari Banting, Selangor apabila dipilih sebagai pemenang mingguan Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku.

Saroni Menhad, 71, tidak menyangka gambarnya itu membolehkan dia menjadi salah seorang daripada tiga pemenang bagi menerima wang tunai RM1,000. Anaknya, Nurul Fazlin Natasya Saroni, 20, berkata, bapanya begitu teruja untuk menyertai peraduan berkenaan.

“Tetapi disebabkan abah tidak mempunyai akaun media sosial, abah minta saya jadi wakil untuk hantarkan gambar sambutan ulang tahun perkahwinannya dalam pertandingan ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika menerima hadiah kemenangan itu.

Menurut Nurul Fazlin Natasya, kesemua wang yang dimenanginya itu akan diberikan kepada bapanya.

Sementara itu, Mohd Ramzi Hazam Mahadi Amir, 28, yang berasal dari Kajang, Selangor hadir untuk menjadi wakil menerima hadiah kemenangan isterinya, Rozalia Alik, 27. Rozalia menghantar foto percutian bersama rakan-rakannya di Pulau Timba-Timba, Semporna, Sabah pada Ogos tahun lalu.

Farah (kiri) menyerahkan hadiah kepada wakil pemenang, Mohd Ramzi Hazam di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini baru-baru ini.
Farah (kiri) menyerahkan hadiah kepada wakil pemenang, Mohd Ramzi Hazam di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini baru-baru ini.

“Bila dapat tahu ada peraduan ini, terus sahaja isteri saya mencari foto terbaik dan mencuba nasib menghantarnya,” kata Mohd Ramzi.

Seorang lagi pemenang mingguan ialah Rifqie Zhariff Zuraidi, 25, dari Shah Alam, turut tidak menyangka akan terpilih sebagai salah seorang pemenang.

Artikel Berkaitan:

Farah Hussamuddin (kiri) menyerah hadiah kepada Rifqie Zhariff di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini baru-baru ini.
Farah Hussamuddin (kiri) menyerah hadiah kepada Rifqie Zhariff di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini baru-baru ini.

“Tidak susah untuk sertai peraduan ini, hanya muat naik gambar dengan kapsyen berserta tanda pagar #sinardihatiku.

“Saya harap pertandingan ini diteruskan kerana ia dapat menguji minda, menambah ilmu pengetahuan dan berpeluang menang hadiah,” katanya.

Hadiah untuk tiga pemenang mingguan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Group Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada baru-baru ini.

Pemenang mingguan Peraduan Klik Sinar Harian Di Hatiku akan dipilih pada setiap Ahad yang dinilai berdasarkan kreativiti gambar serta slogan paling menarik.

Selain berpeluang memenangi wang tunai RM1,000, penyertaan terpilih turut menerima baju-T eksklusif daripada Sinar Harian.

Orang ramai turut dipelawa menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menawarkan hadiah wang tunai RM60,000.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!