Hatrik Leandro pacu Perak ke suku akhir

Aksi Leandro (tengah) ketika meraikan gol jaringannya semasa menentang Kelantan United FC pada saingan TM Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini.
Aksi Leandro (tengah) ketika meraikan gol jaringannya semasa menentang Kelantan United FC pada saingan TM Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini.
A
A
A

JUARA 2018, Perak melangkah penuh bergaya ke saingan suku akhir TM Piala Malaysia apabila membelasah kelab Liga Premier, Kelantan United 4-0 pada aksi di Stadium Perak malam tadi.

The Bos Gaurus kendalian Mehmet Durakovic ternyata berada dalam kelas tersendiri ketika melayan kunjungan skuad Kijang Hijau pimpinan Nazrulerwan Makmor apabila Leandro Dos Santos meledak dua gol pada minit ketujuh dan 21' bagi meletak tuan rumah selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

Pemain import dari Brazil berusia 34 tahun itu terus garang apabila meledak gol ketiga juara lapan kali itu pada minit ke-48' sebelum seorang rakan senegaranya, Careca melengkapkan kemenangan bergaya The Bos Gaurus dengan gol pada minit ke-91'.

Sementara itu, Terengganu FC (TFC) kendalian Nafuzi Zain turut mengikut jejak Perak mara ke suku akhir apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PJ City FC pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jaringan tunggal pemain import dari Uzbekistan Sanjar Shaakhmedov minit ke-37 sudah cukup membolehkan finalis 2018 menyingkirkan The Pheonix kendalian K Devan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!