Treler musnah terbakar dalam kilang

Sebuah treler musnah dalam kebakaran di Kilang QL, Jalan Tanjung Merit, Endau, Mersing malam tadi.
Sebuah treler musnah dalam kebakaran di Kilang QL, Jalan Tanjung Merit, Endau, Mersing malam tadi.
A
A
A

MERSING - Sebuah treler musnah dalam satu kebakaran di Kilang QL, Jalan Tanjung Merit, Endau dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.44 malam, treler berkenaan baharu menghantar barang sebelum parkir dalam kawasan kilang berkenaan.

Tidak lama kemudian pengawal keselamatan terlihat treler itu terbakar sebelum meminta bantuan Pasukan Emergency Respond Team (ERT).

Seramai 15 ahli ERT yang juga pekerja kilang itu dengan bantuan sebuah eskavator bertindak memadam kebakaran sebelum menghubungi bomba.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, seramai 30 anggota dari BBP Endau serta BBP Mersing dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, kebakaran itu juga mengakibatkan sebahagian longgokan hampas kelapa sawit yang berhampiran terbakar.

"Semasa kebakaran muatan treler sudah kosong. Bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air dari pili bomba dan sumber air terbuka.

"Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Mengikut cerita pemandu treler itu, kebakaran dipercayai berpunca daripada bateri kerana sebelum itu lampu amaran bateri menyala," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, punca sebenar kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada jam 1.23 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!