PKPB: UM benarkan pelajar berkeperluan masuk kampus ikut waktu pejabat

Universiti Malaya
Universiti Malaya
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) memberi kelonggaran kepada pelajar berkeperluan untuk masuk ke kampus mengikut waktu pejabat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri mulai esok.

UM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kebenaran tersebut hanya diberikan kepada dua kategori pelajar dan tertakluk kepada kelulusan ketua pusat tanggungjawab (PT).

Menurut UM, pelajar terbabit ialah bagi ijazah tinggi mod penyelidikan yang perlu menyambung penyelidikan dan berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan.

“Pelajar luar kampus yang tiada capaian internet diperlukan atau persekitaran yang kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian serta perlu menggunakan infrastruktur di kampus bagi PdP secara dalam talian,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan sama, UM berkata, susulan pelaksanaan PKPB di beberapa negeri bermula esok sehingga 6 Disember 2020, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di universiti berkenaan masih terus dilaksanakan secara dalam talian.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!