Helikopter terhempas: Keluarga belum dibenar cam mayat
KUALA LUMPUR - Proses pengecaman mayat mangsa korban nahas helikopter di Taman Melawati tidak dapat dibuat hari ini.
Menurut ahli keluarga salah seorang mangsa, Dr Mohd Izani Mohamed Rawi, 48, saringan koronavirus (Covid-19) perlu dilakukan dahulu dan ditentukan negatif sebelum sebarang proses pengecaman dibuat.
"Jika positif, Kementerian Kesihatan (KKM) akan ambil terus. Jika negatif baru ahli keluarga dibenarkan untuk lihat dan buat pengecaman," katanya ketika ditemui media di pekarangan bilik mayat Hospital Canselor Tuanku Mukriz UKM di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan bedah siasat jenazah mangsa korban nahas berkenaan hanya akan dibuat esok selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut helikopter bertembung, terhempas
Penduduk dengar bunyi helikopter terhempas
Bangkai nahas helikopter dalam proses dibawa keluar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!