Di Maria mahu 'pencen' di PSG

Angel Di Maria. - Foto IMDB.com
Angel Di Maria. - Foto IMDB.com
A
A
A

SETELAH berkelana 13 tahun di Eropah, bintang Paris Saint-Germain (PSG) Angel Di Maria menegaskan dia mahu menamatkan karier bola sepaknya bersama gergasi Ligue 1 berkenaan.

Menurut pemain kebangsaan Argentina itu, biarpun kontraknya tamat musim lalu, namun dia tetap bersedia untuk menandatangani kontrak baharu bersama PSG jika mendapat tawaran daripada kelab berkenaan kelak.

“Saya mahu mengakhiri karier saya di Eropah bersama PSG. Bagaimanapun, ia bukan hanya melibatkan keputusan saya.

“Untuk itu, saya akan cuba memastikan saya melakukan yang terbaik untuk menandatangani kontrak baharu kelak.

“Saya gembira dengan keadaan ini kerana PSG adalah kelab yang banyak mempengaruhi kehidupan saya,” katanya.

Di Maria mula beraksi di Eropah setelah berhijrah daripada Rosario Central pada 2007 lalu

Aksi Di Maria yang meledak dua gol dan membantu rakan sepasukan Moise Kean menjaringkan satu lagi gol untuk kemenangan 3-0 pasukannya.

Difahamkan, ia adalah aksi pertamanya dalam Ligue 1 sejak 28 September lalu akibat penggantungan perlawanan kerana didapati meludah pemain Marseille, dalam saingan Ligue-1.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu pemain berusia 32 tahun itu mahu menyifatkan, dia akan terus menyokong pengendali Thomas Tuchel untuk terus mengemudi skuad PSG pada musim hadapan.

“Ya, kami akan terus menyokong Tuchel. Dia seorang jurulatih yang hebat dan telah membawa kita ke saingan Liga Juara-Juara.

“Dia juga sering memberikan kami (latihan) yang maksimum dan kami akan memberikannya semula hasil yang maksimum.

“Dia juga memberikan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada kami menjelang satu-satu perlawanan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!