Risiko cetuskan Perang Dunia Ketiga
LONDON - Ketidakpastian dan kebimbangan global di tengah-tengah krisis ekonomi disebabkan pandemik koronavirus berisiko mencetuskan Perang Dunia Ketiga.
Amaran itu diberikan Ketua Turus Pertahanan Tentera Britain, Nick Carter ketika wawancara bersama Sky News yang disiarkan pada hari ini sempena untuk memperingati korban terbunuh dan cedera dalam konflik.
"Saya berasa kita sekarang hidup dalam keadaan tidak menentu dengan peningkatan konflik serantau," ujarnya.
Ketika disoal sama situasi tersebut akan membawa kepada satu lagi peperangan di dunia, beliau menjawab: "Saya katakan ia berisiko dan kita perlu sedar akan perkara tersebut."
Carter yang dilantik sebagai ketua tentera British pada 2018 turut menyatakan betapa pentingnya untuk memperingati mereka yang terbunuh dalam perang sebelum ini yang perlu dijadikan peringatan kepada pihak yang mungkin mengulangi kesilapan sama.
"Kita perlu ingat sejarah mungkin tidak berulang tanpa pencetusnya. Jika anda lihat keadaan seabad lalu, krisis yang berlaku ketika itu telah membawa kepada peperangan skala besar dan kita berharap ia tidak lagi berlaku pada era moden ini," jelasnya lagi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!