Tidak bayar gaji: Syarikat aniaya pekerja asing akan didakwa

Kula Segaran (tengah) bersama sebahagian penduduk Kampung Tai Lee, Buntong, di sini, selepas menyerahkan bantuan bencana.
Kula Segaran (tengah) bersama sebahagian penduduk Kampung Tai Lee, Buntong, di sini, selepas menyerahkan bantuan bencana.
A
A
A

IPOH - Sebuah kilang membuat sarung tangan di Sepang yang gagal membayar gaji pekerja asing mereka sehingga menyebabkan pekerja mogok akan dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, difahamkan sebanyak 42 pertuduhan akan dikenakan ke atas syarikat tersebut membabitkan kesalahan terhadap pekerja asing termasuk tidak membayar gaji.

Menurutnya, siasatan terhadap syarikat terbabit sudah dilakukan sejak Ogos tahun lalu.

"Kita dapati keadaan tempat tinggal pekerja juga teruk dan tindakan tegas akan diambil.

"Bukan tidak hanya itu, kita juga telah mengenalpasti sekurang-kurangnya ada 10 kilang yang turut melakukan kesalahan sama," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan bencana kepada penduduk Kampung Tai Lee, Buntong, di sini.

Kula Segaran berkata, berdasarkan siasatan yang dibuat, pihak syarikat tersebut membayar gaji pekerja tempatan tetapi perkara sama tidak dibuat kepada pekerja asing yang bekerja di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/10650

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan mengingatkan mana-mana syarikat supaya berlaku adil kepada pekerja.

"Kita tidak menerima apa-apa aduan daripada pekerja tempatan kerana mereka tahu jika tak bayar gaji, pekerja tempatan akan jumpa jabatan mengadu.

"Tak sepatutnya pekerja asing diperlakukan sedemikian. Kena adil kepada semua. Bayangkan kalau pekerja kita di luar negara diperlakukan begitu bagaimana?," katanya.

Sebelum ini, kira-kira 2,000 pekerja asing terdiri daripada warga Nepal dan Bangladesh mengadakan mogok selama tiga hari selepas mendakwa tidak dibayar gaji.

Jabatan Tenaga Kerja dalam satu kenyataan sebelum ini mendapati punca pekerja warga asing di sebuah kilang pembuatan sarung tangan itu mogok selama tiga hari disebabkan kegagalan majikan membayar gaji dari November 2018 sehingga Januari 2019.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!