Pesawat bawa bantuan kemanusiaan terhempas di Guatemala
GUATEMALA CITY - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh pada Ahad apabila sebuah pesawat ringan yang mengangkut makanan untuk mangsa ribut, terhempas di Guatemala, lapor agensi berita Xinhua.
Nahas berlaku pada tengah hari, beberapa minit selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora menuju ke Alta Verapaz.
"Satu mayat dijumpai di lokasi nahas manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Seorang daripada mangsa yang maut adalah juruterbang.
"Kami dapat menyelamatkan seseorang mangsa dan dikejarkan ke Institut Keselamatan Sosial Guatemala... mangsa mengalami luka akibat melecur dan dalam keadaan kritikal," kata jurucakap jabatan bomba perbandaran Guatemala Gerardo Martinez.
Nahas menyebabkan persimpangan jalan di Zon 9 ibu kota Guatemala, lokasi bangkai pesawat dijumpai, terpaksa ditutup. Punca nahas masih disiasat.
-Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!