95,161 berjaya mohon kerja menerusi MYFutureJobs

Sebanyak 95,161 permohonan di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan menerusi portal pekerjaan MYFutureJobs.
Sebanyak 95,161 permohonan di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan menerusi portal pekerjaan MYFutureJobs.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 95,161 permohonan di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan menerusi portal pekerjaan MYFutureJobs, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 44,940 permohonan adalah dalam lingkungan umur 20 sehingga 29 tahun termasuk para siswazah.

"Bagi memudahkan siswazah mencari kerja, kerajaan mengarahkan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) melaksanakan program Karnival Penjana Kerjaya.

"Setakat 30 Oktober 2020, sebanyak 229 program Karnival Penjana Kerjaya melibatkan penyertaan 541 majikan dan telah berjaya menempatkan 4,060 siswazah dan pencari kerja yang lain," katanya menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Wan Azizah ingin tahu langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk siswazah baharu serta pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja akibat kemelesatan ekonomi tahun ini.

Mengulas lanjut, Awang berkata, kerajaan sedang berusaha agar pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujud dan ditawarkan kepada siswazah baharu serta pekerja-pekerja yang diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi dan ditambah pula dengan penularan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pelbagai program dan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menambah baik ekosistem tenaga bakat muda negara dan pembangunan kebolehpasaran program.

Menurutnya, antara inisiatif dan program yang dilaksanakan adalah Program Latihan Industri Berstruktur (SIP), Nurturing Expert Talent (NEXT), Scholarship Talent Attraction & Retention (STAR) dan Young Employable Students (YES!).

Artikel Berkaitan:

Selain itu, dua sesi Kolaborasi Industri-Akademia (IAC) yang diadakan antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (Medical Industry) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) (General Study), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Program Insentif Pengambilan Pekerja, Bantuan Mobiliti dan program latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

-Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!