Program Tuisyen Rakyat Selangor masih dilaksanakan
SHAH ALAM - Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) masih dilaksanakan dan dijangka selesai pada Disember 2020.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tempoh masa pelaksanaannya berubah berikutan perubahan tarikh peperiksaan SPM 2020 yang akan dilaksanakan pada bulan Januari.
"Bagi tahun 2020, program ini telah bermula pada bulan Februari yang lalu, namun begitu terpaksa dikemas kini pelaksanaannya selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Oleh itu, PTRS kini masih dilaksanakan melalui bimbingan guru-guru secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran dalam talian yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (PH-Pandamadan) yang bertanyakan mengenai program PTRS semalam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!