Dua dikhuatiri terperangkap tanah runtuh

Usaha mengeluarkan mangsa sedang dilakukan di lokasi kejadian. Foto: JBPM Perak
Usaha mengeluarkan mangsa sedang dilakukan di lokasi kejadian. Foto: JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Dua individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah vila di Tambun di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 1.28 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun dan wanita dipercayai pasangannya berusia 32 tahun.

Keadaan runtuhan tanah di lokasi kejadian. Foto: JBPM Perak
Keadaan runtuhan tanah di lokasi kejadian. Foto: JBPM Perak

"Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia ( STORM) telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengesan kedudukan sebenar mangsa.

"Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!