Banjir: 48 penduduk di Taiping dipindahkan
TAIPING - Seramai 48 penduduk dari 10 keluarga terpaksa dipindahkan berikutan kejadian banjir di Batu 7 Kampung Changkat Baru, Matang di sini malam tadi.
Kesemua mereka termasuk 16 kanak-kanak ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Baraqah oleh pasukan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 malam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kedalaman banjir berada pada paras hampir satu meter dipercayai akibat limpahan dari sungai berhampiran.
"Semua mangsa terlibat dipindahkan bagi tujuan keselamatan.
"Keadaan banjir di kawasan itu ketika ini telah mulai surut," katanya.
Operasi pemindahan tamat pada jam 11.35 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!