Ukiran kayu

Pemilik Seni Kayu Warisan, Burhan Ashari melakukan proses mewarna berkonsepkan Melayu pada ukiran kayu ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Pulau Rusa. - Foto Bernama
Pemilik Seni Kayu Warisan, Burhan Ashari melakukan proses mewarna berkonsepkan Melayu pada ukiran kayu ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Pulau Rusa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemilik Seni Kayu Warisan, Burhan Ashari melakukan proses mewarna berkonsepkan Melayu pada ukiran kayu ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Pulau Rusa.

Bapa kepada lima anak itu berkata generasi terdahulu mewarnakan ukiran kayu menggunakan pati dari buah-buahan dan herba seperti pinang dan kunyit untuk menghasilkan warna kuning, bunga senduduk (ungu) dan kulit manggis (merah).

Burhan berkata dirinya sebelum ini pernah diselubungi kontroversi apabila memperkenalkan teknik mewarna ukiran kayu sehingga dilabel sebagai 'perosak' seni warisan itu.

Namun beliau tetap meneruskan karyanya itu kerana yakin berada di pihak yang benar malah beliau optimis tindakannya itu akan memartabatkan lagi seni ukiran kayu di negara ini, khususnya di Terengganu.

Beliau berkata langkah memperkenalkan kembali ukiran kayu berwarna diharap dapat memperluaskan lagi pasaran seni ukiran kayu dan memberi lebih banyak pilihan kepada peminatnya. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan