PH Johor cadangkan PKPB ikut daerah, bandar

Kenyataan yang dikeluarkan PH Johor hari ini.
Kenyataan yang dikeluarkan PH Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Pakatan Harapan (PH) Johor mencadangkan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut daerah atau bandar secara bersasar dan bukannnya melibatkan seluruh negeri.

PH Johor dalam satu kenyataan melibatkan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong hari ini berkata, mereka bingung dengan dengan pengumuman PKPB yang dibuat secara tiba- tiba.

"PH johor mempersoalkan sama ada langkah semasa tidak berkesan untuk membendung penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) atau kurangnya kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) selain penguatkuasaan yang kurang komprehensif menjadi faktor kelemahan mekanisme pengesanan patogen dan rantaian penularan virus yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, setelah lapan bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rakyat kini menghadapi tekanan yang berganda ekoran kesulitan ekonomi dan 'keletihan pandemik'.

"Unit penguatkuasaan undang-undang seperti majlis perbandaran dan Kementerian Kesihatan perlu menerapkan polisi 'penguatkuasaan berhemah' dengan tumpuan menggalakkan masyarakat mematuhi SOP dan hanya mengeluarkan saman jika ingkar peraturan ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, PH Johor berharap penyertaan parti-parti pembangkang di peringkat negeri diambil kira terhadap cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu pembangkang mengambil bahagian dalam Majlis Tindakan Ekonomi dan mesyuarat mitigasi Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!