Polis terima dua laporan ADUN Ketari langgar SOP

Young Syefura
Young Syefura
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menerima dua laporan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua laporan itu dibuat di Sepang.

"Seorang lelaki melaporkan pada jam 6.50 petang, semalam, telah melihat Twitter, ADUN berkenaan memuatnaik gambar beliau dan rakan-rakannya sedang berkelah di tepi pantai di Bagan Lalang tanpa mematuhi SOP PKPB.

"Lelaki itu terus melihat Instagram Young Syefura, ada sembilan keping gambar yang baharu sahaja dimuatnaik di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Fadzil berkata, lelaki itu memaklumkan, Selangor kini berada dalam PKPB yang mana aktiviti tersebut pada ketika ini adalah tidak dibenarkan.

"Lelaki itu juga mengatakan kejadian melibatkan ahli politik ini bukan kali yang pertama, ianya berulang hinggakan rakyat menjadi marah kerana tiada apa-apa tindakan diambil terhadap ahli politik sedangkan apabila rakyat biasa yang melanggar SOP tindakan serta merta diambil ke atas mereka," katanya.

Fadzil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Terdahulu Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara telah meminta maaf kerana didakwa melanggar SOP semasa menyambut ulang tahun kelahiran di tepi pantai sebuah resort di Sepang.

Artikel Berkaitan:

Young Syefura juga bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakannya melanggar SOP PKPB.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!