Jualan jimat sempena Tahun Baharu Cina

Hisyamuddin (kiri) bersama Ariffin (kanan) mengagihkan limau kepada pengunjung di Medan Warisan Makanan Dataran Bandaraya Kota Bharu malam ini.
Hisyamuddin (kiri) bersama Ariffin (kanan) mengagihkan limau kepada pengunjung di Medan Warisan Makanan Dataran Bandaraya Kota Bharu malam ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) buat pertama kalinya telah melancarkan Program Jualan Jimat Belanja Tahun Baharu Cina bermula 31 Januari hingga 4 Februari ini.

Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara, Hisyamuddin Ghazali berkata, beberapa barangan segar seperti ayam, daging dan sayuran dapat dibeli di pasar tani Fama dengan penjimatan dari 5 sehingga 20 peratus.

Menurutnya, program jualan khas itu melibatkan 27 pasar tani di Kelantan dan 378 pasar tani seluruh negara.

"Program ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menangani kenaikan harga barang terutamanya menjelang musim perayaan.

"Fama juga memastikan usahawan mengikut harga kawalan yang ditetapkan bagi 12 komoditi terpilih dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna," katanya ketika sidang media pada majlis pelancaran Program Jimat Belanja Tahun Baru Cina @ Pasar Tani peringkat Negeri Kelantan di Medan Warisan Makanan Dataran Bandaraya Kota Bharu malam ini.

Hadir sama Pengarah Fama Kelantan, Ariffin Awang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!