Republikan hampir kuasai majoriti Senat AS

 Parti Republikan menambah dua kerusi untuk mempertahankan penguasaan Senat Amerika Syarikat (AS), dengan calon Demokrat di negeri Carolina Utara, Cal Cunningham, mengumumkan kekalahannya.
Parti Republikan menambah dua kerusi untuk mempertahankan penguasaan Senat Amerika Syarikat (AS), dengan calon Demokrat di negeri Carolina Utara, Cal Cunningham, mengumumkan kekalahannya.
A
A
A

WASHINGTON - Parti Republikan menambah dua kerusi untuk mempertahankan penguasaan Senat Amerika Syarikat (AS), dengan calon Demokrat di negeri Carolina Utara, Cal Cunningham, mengumumkan dalam satu kenyataan akhbar menyatakan beliau telah menelefon Senator Thom Tillis untuk mengakui kekalahannya, lapor agensi berita Sputnik.

"Saya baru saja menghubungi Senator Tillis untuk mengucapkan tahniah kepadanya kerana memenangi pemilihan semula untuk penggal kedua di Senat AS dan berharap beliau dan keluarganya yang terbaik dalam meneruskan perkhidmatan mereka dalam beberapa bulan dan tahun-tahun berikutnya," kata Cunningham pada Selasa.

Dengan 98 peratus undi yang dikira, Tillis mendahului Cunningham dengan lebih daripada 95,000 undi, menurut keputusan terbaharu.

Parti Republikan kini memperoleh 49 kerusi Senat, dengan calon Demokrat Al Gross menolak untuk mengalah di Alaska, beliau mengikut rapat Senator Republikan Dan Sullivan dengan perbezaan 62-32 peratus, menurut media tempatan.

Alaska akan mula mengira lebih 130,000 pengundi yang tidak hadir dan undian awal pada Selasa, yang memerlukan Gross memperoleh 70 peratus untuk mengatasi Sullivan, kata laporan media.

Sekiranya Republikan menang di Alaska, mereka perlu memenangi satu daripada dua persaingan Senat di Georgia yang dijadualkan pada awal 2021 untuk mencapai majoriti 51 kerusi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!