Nahas helikopter: My Heli Club gesa henti sebar spekulasi

My Heli Club meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan spekulasi dan maklumat tidak tepat mengenai insiden tragis nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang di sini Ahad lepas.
My Heli Club meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan spekulasi dan maklumat tidak tepat mengenai insiden tragis nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang di sini Ahad lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - My Heli Club meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan spekulasi dan maklumat tidak tepat mengenai insiden tragis nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang di sini Ahad lepas.

Bendahari kehormat kelab itu, Datuk Leong Yeng Kit dalam satu kenyataan hari ini berkata, kelab itu juga meminta orang ramai supaya menghormati privasi keluarga mangsa dalam masa yang sukar ini.

"Secara hormat kami meminta supaya penyebaran spekulasi dan maklumat tidak tepat berkaitan nahas itu dihentikan. Ia akan menggagalkan dan melambatkan siasatan rasmi mengumpul jawapan daripada tragedi yang sukar diungkapkan," katanya.

Yeng Kit berkata, kelab itu juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa yang terkorban dalam nahas itu iaitu Komander (B) Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, yang disifatkan beliau sebagai individu yang baik dan dihormati masyarakat.

Menurut beliau, pihak kelab turut sama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berasa sedih atas kehilangan kedua-dua ahli kelab itu dan akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak yang menyiasat tragedi berkenaan.

Sebelum insiden, beliau berkata, kedua-dua buah helikopter yang diiktiraf kelab iaitu 9M-HCA dan 9M-HCB, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang kira-kira jam 11 pagi untuk membuat penerbangan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Artikel Berkaitan:

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Katanya, helikopter yang boleh membawa dua orang setiap pesawat itu dikendalikan oleh juruterbang berpengalaman yang mempunyai agregat penerbangan lebih daripada 7,000 jam dan diketuai oleh ketua jurulatih kelab itu, Allahyarham Mohamed Sabri.

Sekitar jam 12 tengah hari pada Ahad, Bernama melaporkan dua lelaki terbunuh dalam nahas yang melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum salah satu daripadanya terhempas di Taman Melawati.

Kes itu kini dalam siasatan polis dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!