Taman Eko Rimba Bukit Wang tarikan Kubang Pasu

Papan tanda Taman Eko Rimba Bukit Wang
Papan tanda Taman Eko Rimba Bukit Wang
A
A
A

JITRA - Jika anda mencari lokasi perlancongan alam semula jadi bersesuaian untuk seisi keluarga dari kanak-kanak hingga dewasa bermandi-manda sambil menyaksikan keindahan alam di Kubang Pasu.

Beberapa pengunjung tidak melepaskan peluang bersantai di kawasan rekreasi itu.
Beberapa pengunjung tidak melepaskan peluang bersantai di kawasan rekreasi itu.

Taman Eko Rimba Bukit Wang di mukim Malau yang dikelilingi hutan semula jadi mendamaikan dan menenangkan jiwa adalah lokasi menarik dan sesuai untuk dikunjungi bersama ahli keluarga.

Terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Alor Setar dan 12 km dari Pekan Jitra, tersembunyi permata alam semula jadi dan memiliki nilai sejarah tersendiri itu.

Keindahan flora dan fauna memenuhi Taman Eko Rimba Bukit Wang yang turut dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Wang ini terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin itu.

Di sebalik keindahan Hutan Lipur Bukit Wang, kawasan rekreasi itu turut memiliki nilai sejarah tersendiri apabila terdapat empangan yang dibina British pada 1913.

Taman Eko Rimba Bukit Wang turut dilengkapi kemudahan asas, seperti gazebo, trek jalan dan tempat letak kenderaan untuk memudahkan pengunjung melakukan aktiviti di kawasan rekreasi itu.

Kemudahan laluan boleh digunakan pengunjung.
Kemudahan laluan boleh digunakan pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Selain berkelah dan mandi manda dalam airnya yang jernih serta sejuk, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain di kawasan terbabit seperti aktiviti perkhemahan dan memancing.

Sabtu lepas, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembukaan semula Taman Eko Rimba Bukit Wang berkenaan dilihat mampu menjadi salah satu tarikan Kubang Pasu.

Mukhriz berkata, beliau mendapati Taman Eko Rimba Bukit Wang terbabit memiliki potensi menarik lebih ramai pelancong tempatan, sekaligus menjana pendapatan dan ekonomi masyarakat setempat.

Difahamkan, Taman Eko Rimba Bukit Wang kini dibuka semula kepada orang ramai selepas Jabatan Perhutanan Kedah melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih melibatkan kos RM800,000.

Jambatan disediakan untuk memudahkan pengunjung.
Jambatan disediakan untuk memudahkan pengunjung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!