[VIDEO] Ahli Parlimen Kepong dihalau keluar, digantung lima hari

Skrin yang memaparkan Azhar pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Skrin yang memaparkan Azhar pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dihalau keluar Dewan Rakyat hari ini dan digantung selama lima hari susulan tindakannya menimbulkan kekecohan.

Keputusan itu dibuat Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun apabila ahli Parlimen daripada DAP itu membantah ketetapan yang dibuat Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) di Dewan Rakyat semalam.

King Sing semalam mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati kerana tidak turun padang melawat hospital.

"Saya sudah baca hansard (Senarai Penyata Rasmi) saya berpendapat bahawa retorik ketika berucap perlu dikawal, perkataan diguna (Bintulu) agak kasar tapi saya telah perhalusi hansard saya dapati Timbalan Speaker telah buat ruling (ketetapan).

"Apabila ruling dibuat saya tidak ada kuasa untuk diubah," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Penjelasan yang dibuat Azhar itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Lip Eng dengan bangkit membantah.

"Itu ruling yang bodoh. Jangan speaker bersekongkol," katanya.

Susulan kenyataan bodoh yang dikeluarkan Lip Eng itu, Azhar memerintahkan ahli Parlimen itu supaya keluar dewan.

Artikel Berkaitan:

"Kamu keluar dua hari. Keluar sekarang. Saya gantung kamu lima hari. Lima hari semuanya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!