Minat dan hobi sukan kuda Polo hasilkan sebuah kafeteria mewah

Sebanyak 1,000 roti canai diberikan secara percuma untuk semua pelanggan White Horse Cafe yang menjamu selera di restoran tersebut di Kota Bharu hari ini.
Sebanyak 1,000 roti canai diberikan secara percuma untuk semua pelanggan White Horse Cafe yang menjamu selera di restoran tersebut di Kota Bharu hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Bermula dengan minat dan hobi bermain sukan Polo menghasilkan idea kepada pemilik White Horse Cafe untuk diterjemahkan kepada keunikan sebuah restoran mewah di pesisir Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini.

Berkonsepkan kuda putih, restoran yang boleh memuatkan lebih 100 orang satu-satu masa itu mempunyai keunikan sendiri hasil kesungguhan Fara Sharina Zamari, 32, dan suaminya, Izhan Ramli, 36.

Genap setahun penubuhan White Horse Café, Fara dan suami membuat satu kelainan lagi dengan memberikan sebanyak 1,000 biji roti canai percuma kepada semua pelanggan White Horse Café hari ini.

Menurut Fara, ia sebagai penghargaan kepada pelanggannya yang tidak pernah jemu menjamu selera di White Horse Café yang diilhamkan beliau dan suaminya.

“Saya pun tidak percaya yang White Horse Café ini akhirnya berjaya saya realitikan. Pada mulanya saya hanya bergurau dengan suami. Namun tanpa sedar, usaha kami memang ke arah untuk membuka sebuah lagi restoran makanan yang memberi kelainan kepada orang ramai.

“Akhirnya terhasillah White Horse Café ini. Alhamdulilah kini usia restoran ini genap setahun,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sebelum ini Fara dan suami telah pun mempunyai sebuah restoran yang berkonsepkan ‘shellout’ di Wakaf Che Yeh iaitu JL Fara Crab tiga tahun lalu yang mana memberi satu kelainan kepada orang ramai untuk mencuba pelbagai resipi menarik makanan laut.

Ibu kepada empat cahaya mata ini juga mengakui, bukan mudah untuk mengekalkan keaslian resipi setiap hidangan kerana selera pelanggan di Pantai Timur kebanyakannya ke arah masakan negara jiran.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dia dan suami sentiasa memastikan menu-menu yang disediakan di kedua-dua buah restorannya dapat memenuhi citarasa orang ramai dan ‘up to date’.

Kafeteria yang menjadi angan-angan Fara sebelum ini kini sudah menjadi kenyataan dan ia terletak di kawasan yang cukup strategik iaitu pesisir Sungai Kelantan.
Kafeteria yang menjadi angan-angan Fara sebelum ini kini sudah menjadi kenyataan dan ia terletak di kawasan yang cukup strategik iaitu pesisir Sungai Kelantan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!