Ronaldo terus berbisa
[DIKEMAS KINI] CRISTIANO Ronaldo terus mempamerkan bisanya di pentas antarabangsa apabila mencetak gol ke-102 ketika membantu Portugal menewaskan Andorra 7-0 dalam perlawanan persahabatan di Estadio da Luz awal pagi tadi.
Jaringan itu menyaksikan Ronaldo hanya perlu mencari lapan lagi gol untuk mengatasi rekod gol terbanyak peringkat antarabangsa yang dipegang Alie Daei dari Iran dengan 109 gol.
"Saya gembira dengan kemenangan ini dan jaringan yang membolehkan Portugal menang malam ini. Ia momentum yang bagus buat pasukan kebangsaan.
"Saya perlu mengekalkan aksi ini dan menjaringkan lebih banyak gol untuk mencipta sejarah buat Portugal," katanya.
Ronaldo tidak tampil sebagai kesebelasan utama Portugal dan hanya dimasukkan pada separuh masa kedua sebelum meledak gol pada minit ke-85.
Bintang Juventus itu berpeluang menambah jaringan apabila Portugal dijadualkan bertemu Perancis dan Croatia dalam aksi Liga Negara UEFA minggu depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!