Bersatu gesa polis siasat kes fitnah Muhyiddin

Mohd Nazmin (kanan) dan Zolkifly menunjukkan laporan polis dan artikel yang didakwa memfitnah Muhyiddin tadi.
Mohd Nazmin (kanan) dan Zolkifly menunjukkan laporan polis dan artikel yang didakwa memfitnah Muhyiddin tadi.
A
A
A

BALIK PULAU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Balik Pulau hari ini, membuat laporan polis berhubung satu artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Bersatu Balik Pulau, Mohd Nazmin Ramlee berkata, laporan itu dibuat terhadap artikel yang disiarkan di sebuah portal pada 7 November lalu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

"Saya percaya, kenyataan ini berniat untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta memfitnah Muhyiddin (secara khusus) dan Parti Bersatu secara amnya," katanya kepada media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini tadi.

Terdahulu, Mohd Nazmin bersama beberapa ahli Bersatu Balik Pulau termasuk Pengerusi Bersatu Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim hadir ke IPD Barat Daya pada jam 10.15 pagi untuk membuat laporan polis tersebut.

Mohd Nazmin (dua dari kanan) bersama ahli Parti Bersatu di IPD Barat Daya tadi.
Mohd Nazmin (dua dari kanan) bersama ahli Parti Bersatu di IPD Barat Daya tadi.

Tambahnya, tindakan penulis serta portal tersebut adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan menerima laporan tersebut.

Menurutnya, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, seorang peguam dilaporkan memfailkan tindakan undang-undang berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan mengenai cadangan Muhyiddin terhadap pengisytiharan darurat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!