Mayat dua beradik dibawa arus deras ditemukan

Mayat Amber yang ditemukan di Sungai Pegalan, berhampiran Kampung Jawa Sumbiling, Tenom hari ini.
Mayat Amber yang ditemukan di Sungai Pegalan, berhampiran Kampung Jawa Sumbiling, Tenom hari ini.
A
A
A

KENINGAU - Mayat dua beradik yang dibawa arus deras di Sungai Liawan pada Isnin lalu ditemukan di dua lokasi berasingan di sungai di Keningau dan Tenom hari ini.

Kedua-dua mayat, Amver Lim Ze Yee, 4, dan abangnya, Jason Lim Ze Hao, 6, masing-masing ditemukan pada jam 2.15 petang dan 2.25 petang tadi.

Ketua Komander Zon Bomba Keningau, Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, kedua-dua mangsa ditemukan oleh pasukan Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) Tenom dan Keningau.

"Mayat Amber ditemukan di Sungai Pegalan, berhampiran Kampung Jawa Sumbiling, Tenom iaitu 19 kilometer dari lokasi kejadian mereka dibawa arus di Sungai Liawan, Keningau.

"Mayat abangnya, Jason ditemukan di Sungai Sigapon oleh PKOB Tenom iaitu kira-kira 21 kilometer dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Susulan penemuan kedua-dua mangsa itu, Yuszaimi berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga hari ini ditamatkan segera.

Pasukan penyelamat membawa mayat Amber yang ditemukan di Sungai Pegalan, berhampiran Kampung Jawa Sumbiling, Tenom hari ini.
Pasukan penyelamat membawa mayat Amber yang ditemukan di Sungai Pegalan, berhampiran Kampung Jawa Sumbiling, Tenom hari ini.

"Operasi hari ini membabitkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, tujuh anggota dari BBP Tenom dan dua anggota dari pasukan bomba unit K9 (pengesan anjing) serta dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta beberapa agensi lain.

Artikel Berkaitan:

"Susulan penemuan dua mangsa terbabit, operasi ditamatkan pada jam 3 petang," katanya.

Katanya lagi, kedua-dua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian Selasa lalu melaporkan dua beradik itu bersama bapa mereka, Lim Wan Shing, 38, dalam perjalanan pulang di Kampung Ansip, namun pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbalik ketika melintasi laluan di Sungai Liawan.

Wan Shing berjaya diselamatkan penduduk kampung, namun dua beradik hilang dibawa arus deras sungai terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik hilang dibawa arus deras

SAR dua beradik dibawa arus deras diperluaskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!