Serangan misteri di Kedutaan Arab Saudi

Antara kesan lubang peluru yang ditemui pada tingkap bangunan Kedutaan Arab Saudi di The Hague yang menjadi sasaran tembakan pada pagi tadi. - Foto Agensi
Antara kesan lubang peluru yang ditemui pada tingkap bangunan Kedutaan Arab Saudi di The Hague yang menjadi sasaran tembakan pada pagi tadi. - Foto Agensi
A
A
A

THE HAGUE - Kedutaan Arab Saudi di The Hague, Belanda hari ini digemparkan dengan serangan misteri apabila ia menjadi sasaran tembakan sehari selepas insiden letupan bom ketika sambutan Hari Memperingati tamatnya Perang Dunia Pertama di Jeddah.

"Ia berlaku pada jam 6 pagi (waktu tempatan). Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan sejumlah kelongsong peluru turut ditemui di lokasi kejadian," kata polis di Twitter.

Sementara itu, media tempatan melaporkan terdapat kira-kira 20 kesan lubang peluru termasuk pada tingkap bangunan tersebut.

Difahamkan, kedutaan itu telah ditutup dan pasukan forensik kini sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti motif serangan.

Di Saudi, pihak berkuasa sedang memburu suspek selepas insiden letupan menyasarkan diplomat asing di tanah perkuburan Khawajat terletak di selatan bandar berhampiran Jeddah ketika upacara mengenang berakhirnya Perang Dunia Pertama yang turut mencederakan dua individu termasuk kakitangan konsulat Greece.

"Kami terdengar letupan ketika Konsul Perancis mahu mengakhiri ucapannya. Pada mulanya, kami seakan-akan tidak faham apa yang sedang berlaku sebelum menyedari rupa-rupanya kami adalah sasaran serangan itu. Para hadirin kemudiannya panik kerana bimbang mungkin berlaku letupan kedua," kata saksi, Nadia Chaaya.

Sumber di Riyadh mengesahkan insiden di kawasan tanah perkuburan bukan orang Islam itu sedang disiasat. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!