Baby Shima faham: Ayie Floor 88
Menurut vokalis kumpulan itu, mereka sudah mendapat lampu hijau untuk menyanyikan lagu tersebut dengan artis lain jika Baby Shima tiada.
"Sejujurnya persembahan sambutan tahun baharu lalu itulah kali pertama Floor 88 menyanyikan lagu Roadblock Hatiku dengan Sarah Suhairi.
"Tapi masa raptai di studio rasa terkejut bila Baby Shima tiba-tiba muncul. Sebab ikutkan jadual dia padat di Indonesia.
"Rupanya kehadiran dia tu ada urusan kerja lain dengan RUSA MUSIC.
"Kami memang sudah berbincang tentang hal ini. Kalau Baby Shima tak dapat, kami cari penyanyi perempuan lain sementara untuk persembahan itu sahaja atau kami menyanyi lagu lain," katanya kepada Sinar Harian.
Ayie ditemui pada malam pementasan teater Jebat Menderhaka sempena penilaian tahun akhir akademiknya di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Mengenai minat terhadap bidang teater dan lakonan, Ayie tidak menolak tuah sekiranya diberi peluang untuk mencuba.
"Insya-ALLAH, andai ada tawaran saya ambil, namun buat masa ini saya mahu fokus dulu kat Floor 88," jelasnya pementasan Jebat Menderhaka bakal di pentaskan ke Istana Budaya tahun ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!