Musim tengkujuh: Taman Eko-Rimba, Hutan Taman Negeri ditutup sementara

Tangkap layar Facebook JPNP hari ini memaklumkan langkah penutupan itu berikutan musim tengkujuh.
Tangkap layar Facebook JPNP hari ini memaklumkan langkah penutupan itu berikutan musim tengkujuh.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Semua Taman Eko-Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri serta aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal di Pahang ditutup sementara mulai 14 November ini hingga 15 Januari 2021.

Melalui pemberitahuan di Facebook rasminya hari ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memaklumkan langkah penutupan itu berikutan musim tengkujuh.

Menurutnya, aktiviti rekreasi yang tidak dibenarkan sepanjang musim tengkujuh adalah jelajah hutan, pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua dan lain-lain aktiviti riadah yang berkaitan.

Bagaimanapun, arahan penutupan itu tidak melibatkan sembilan kawasan ekopelancongan yang diswastakan kepada operator.

Ia melibatkan TER Kem Nusa dan TER Ulu Tembeling, Jerantut, TER Sungai Pandan dan Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing di Kuantan, TER Kenong, Lipis, Taman Negeri Rompin, Rompin, TER Lubuk Yu, Maran, Kawasan Rekreasi Kuala Gandah, Temerloh dan Air Terjun Ulu Tampik, Janda Baik, Bentong.

Para pengunjung dinasihatkan supaya menjaga keselamatan sekiranya berada di kawasan ekopelancongan yang diswastakan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!