Annuar diminta 'sekolahkan' MB Selangor

Noh Omar
Noh Omar
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa diminta untuk memberi tunjuk ajar kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimana untuk membela nasib rakyat yang sedang susah sekarang.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, usaha Annuar yang prihatin dengan nasib peniaga kecil wajar diberikan penghargaan.

"Saya sentiasa membela nasib peniaga-peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang terutamanya di waktu pandemik Covid-19 ini. Terima kasih Menteri Wilayah yang prihatin dan senada dengan perjuangan saya.

"Eloklah Menteri Wilayah 'sekolahkan' Menteri Besar Selangor bagaimana untuk membela nasib rakyat yang sedang susah sekarang. Bukannya cuba menakutkan rakyat dengan macam-macam notis daripada pihak berkuasa.

"Ini baru saya cakap pasal masalah peniaga belum saya sebut tentang kepayahan rakyat dengan kegagalan menyelesaikan masalah air," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, Wilayah Persekutuan diumumkan akan menjadi 'wilayah bebas berniaga' selama enam bulan bermula 15 November ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia sahaja itu dibuat bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berniaga bagi meringankan beban mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!