'Berlari 200 meter bila tahu kedai terbakar'
PUCHONG - "Saya berlari 200 meter ke lokasi sebaik dapat tahu Uptown Puchong Permai terbakar, nak pengsan rasa bila tengok api marak bakar kedai diusahakan, " kata peniaga kosmetik dan pakaian bundle, Siti Zuraidah Bakar, 37.
Katanya, ketika kejadian dia sedang menjalankan perniagaan di lot kedai terletak kira-kira 200 meter dari lokasi.
Menurutnya, tiada satu barang dapat diselamatkan dan dia mengalami kerugian hampir RM20,000.
"Bila dapat tahu saja Uptown terbakar saya terus tinggalkan kedai dan berlari dalam keadaan menangis menuju ke lot kedai.
"Luluh hati bila tengok semua kedai dalam Uptown terbakar hampir 100 peratus," katanya.
Siti berkata, dia tidak menyangka perasaan 'lain macam' dirasainya sejak seminggu lalu penanda kejadian tersebut.
"Dah seminggu saya tak berniaga kerana rasa tak sedap hati...tak sangka berakhir begini.
"Kebanyakkan peniaga baru labur puluhan ribu ringgit dan masukkan barang baharu," katanya.
Peniaga barang mainan, Zamal Hassan,44, berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian kira-kira am 7.30 pagi.
Menurutnya, ada saksi ternampak api mula dari kawasan berhampiran pentas.
"Jiran saya kebetulan sarapan pagi hampir lokasi kejadian hubungi bagi tahu Uptown Puchong Permai terbakar, mereka juga dengar bunyi letupan.
"Ini kali pertama kebakaran berlaku dan hampir separuh daripada peniaga adalah mereka yang baru masuk berniaga di sini," katanya mengalami kerugian hampir RM20,000.
ARTIKEL BERKAITAN:Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!