TPS Taman Free School ditutup 14 hari

Pegawai JKNPP dan MBPP sedang menampal notis penutupan TPS Taman Free School tadi.
Pegawai JKNPP dan MBPP sedang menampal notis penutupan TPS Taman Free School tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebahagian daripada Tapak Penjaja Sementara (TPS) Taman Free School di sini akan ditutup selama 14 hari bermula hari ini susulan laporan kes wabak koronavirus (Covid-19) dikesan di kawasan terbabit.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataannya berkata, kawasan itu ditutup pada jam 4 petang tadi dan akan dibuka pada 27 November nanti.

Menurutnya, Notis Perintah Tutup Premis dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengikut Subseksyen 18 (1) (f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Penutupan itu melibatkan bahagian pasar pagi yang mempunyai 68 buah gerai.

"Kawasan tersebut akan dibuka semula pada 27 November ini atau bergantung kepada pengumuman dari JKNPP dari masa ke masa," katanya, hari ini.

Menurut MBPP, semua pengusaha gerai di kawasan tersebut telah menjalani ujian saringan Covid- 19.

TPS Taman Free School terdiri daripada bahagian pasar dan makanan yang mana ia mempunyai 136 gerai aktif secara keseluruhan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!