Lebih 17,000 rakyat India dihantar balik dari Malaysia
NEW DELHI - Lebih 17,000 rakyat India dihantar balik dari Malaysia di bawah program khas untuk membawa pulang warganegara itu susulan pandemik koronavirus (Covid-19).
Setakat ini kira-kira tiga juta rakyat India yang berada di luar negara sudah dibawa balik di bawah program berkenaan.
Pesawat ke-100 program dikenali Vande Bharat itu berlepas dari Malaysia pada Jumaat, menurut Twitter Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia.
Ribuan warga India kembali dari luar negara setiap hari menggunakan pesawat yang dikendalikan negara itu.
Operasi membawa pulang yang bermula Mei lalu, memberi manfaat kepada lebih tiga juta orang, menurut maklumat dikeluarkan oleh Menteri Penerbangan Awam, Hardeep Singh Puri, menerusi Twitter. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!