Polis sahkan terima laporan program Najib di Langkawi

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Polis mengesahkan terima laporan mengenai program bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langkawi.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata lima laporan tersebut dibuat oleh ahli Bersatu Langkawi di Balai Polis Kuah pada 4.30 petang semalam.

"Laporan dibuat oleh lima ahli Bersatu berhubung program bekas perdana menteri itu di kawasan Pantai Chenang hari ini.

“Polis mengambil maklum dan sudah menasihatkan pihak penganjur, mereka berjanji hanya membuat program minum pagi sahaja di dalam restoran dan tiada sebarang ceramah akan dilakukan," katanya hari ini.

Beliau berkata polis akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu berdasarkan laporan polis itu, pengadu mahu polis menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!