Mayat wanita berulat: Polis sahkan punca kematian

Mayat wanita warga Singapura itu ditemui reput dan berulat tanpa pakaian di laman rumahnya di Lorong Islah Lama, Jalan Tok Guru, di sini semalam.
Mayat wanita warga Singapura itu ditemui reput dan berulat tanpa pakaian di laman rumahnya di Lorong Islah Lama, Jalan Tok Guru, di sini semalam.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang wanita warga Singapura yang ditemui reput dan berulat tanpa pakaian di laman rumahnya di Lorong Islah Lama, Jalan Tok Guru, di sini semalam, mati akibat saluran jantung tersumbat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat wanita berulat di laman rumah]

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, punca kematian mangsa, Wong Kheng Choo, 76, diperoleh hasil bedah siasat Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), tadi.

“Mayat dibawa ke hospital itu pada jam 4.50 petang semalam bagi mengetahui dan mengesahkan punca kematiannya.

“Bedah siasat dimulakan pada jam 7 pagi tadi dan selesai pada jam 9.45 pagi sebelum mendapati hasilnya mangsa meninggal kerana saluran jantung tersumbat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!