Hanya pendapat peribadi ahli, bukan DAP
Setiausahanya, Lee Chin Chen berkata, beliau kesal apabila terdapat segelintir pihak cuba mengaitkan komen ahli DAP Kuantan itu dengan parti berkenaan.
“Tindakan itu ternyata membawa agenda politik untuk fitnah dan memburukkan DAP. Memandangkan laporan polis sudah dibuat untuk siasatan, DAP akan serah perkara tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau yang juga Adun Bilut berkata, semua pihak tidak kira dari parti mana sekalipun dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan sensitif termasuk menghina Institusi Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong bagi mengelak suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.
Semalam, posting dimuat naik pemilik Facebook terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati netizen berikutan berbaur penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kecaman diterima bukan hanya melalui komen malah turut tersebar rakaman video memaparkan dua individu tampil berdepan lelaki tersebut di hadapan kedai dipercayai miliknya berhampiran Kuantan Plaza di sini.
Video berdurasi 1.37 minit itu menyaksikan berlaku pertikaman lidah dua individu terbabit yang ternyata tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik kedai. Michael Cheah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!