Polis KK tahan 59 individu bersabit dadah
KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu menahan 59 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar Telipok dan Sembulan dalam tempoh seminggu bermula 26 Jan lalu.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata suspek berusia 17 hingga 55 tahun terbabit turut merangkumi 29 warga asing.
"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 16 individu memiliki dadah dan 43 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan," katanya.
Menurutnya polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3,250.
Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di bandar raya ini.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!