Empat jalan raya jadi tumpuan Op Selamat di KK

Empat jalan raya di daerah ini yang banyak berlaku kemalangan jalan raya menjadi tumpuan pelaksanaan Op Selamat 14 sempena Tahun Baharu Cina. - Foto Bernama
Empat jalan raya di daerah ini yang banyak berlaku kemalangan jalan raya menjadi tumpuan pelaksanaan Op Selamat 14 sempena Tahun Baharu Cina. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU – Empat jalan raya di daerah ini yang banyak berlaku kemalangan jalan raya menjadi tumpuan pelaksanaan Op Selamat 14 sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji jalan tersebut adalah Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Kepayan dan Jalan Tun Fuad.

Katanya menerusi operasi itu, anggota polis trafik akan berada di lokasi tersebut dan membuat rondaan serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Secara keseluruhan, seramai 60 pegawai dan anggota polis terlibat dalam pelaksanaan Op Selamat ini yang turut membabitkan tugas menjamin keselamatan rumah dari kes pecah rumah, katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Op Selamat 14 di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.

Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina dimulakan sejak Selasa lepas hingga 12 Februari ini.

Dalam perkembangan lain, Habibi berkata sehingga kini polis hanya meluluskan permit pungutan derma awam kepada lapan persatuan tarian singa sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata terdapat banyak persatuan tarian singa di daerah ini dan mereka perlu mendapatkan permit terlebih dahulu jika terlibat dalam pungutan derma awam.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!