Erat hubungan rakan sekerja

Roslaily (kiri) bersama dua rakan sekerjanya, Zailaini Awang, 40 (kanan) dan Noor Salasiah A Rahim, 28 mengisi waktu rehat tengah hari dengan berbincang mencari jawapan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku di pejabat mereka di JPJ Terengganu.
Roslaily (kiri) bersama dua rakan sekerjanya, Zailaini Awang, 40 (kanan) dan Noor Salasiah A Rahim, 28 mengisi waktu rehat tengah hari dengan berbincang mencari jawapan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku di pejabat mereka di JPJ Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Peraduan Sinar Harian Di Hatiku menjadi platform mengeratkan hubungan dalam kalangan rakan sekerja yang menyertai peraduan tersebut.

Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Roslaily Mohd Roslee, 27, berkata, sudah menjadi rutin wajibnya bersama rakan sekerja setiap kali waktu rehat untuk berkumpul mencari jawapan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kami lebih suka beli makanan dan makan di pejabat sahaja.

“Jadi, memang setiap kali waktu rehat pada tengah hari, kami akan berkumpul di pejabat sambil berbincang mencari jawapan dan slogan yang terbaik.

“Secara tidak langsung kami dapat merapatkan hubungan kami yang sebelum ini jarang berkumpul bersama-sama sebab masing-masing sibuk dengan tugasan,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Menurutnya, Peraduan Sinar Harian Di Hatiku bukan sahaja menawarkan hadiah yang sangat lumayan, malah pada masa yang sama membantu menambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia.

“Saya sekadar mencuba nasib menyertai peraduan ini selepas rakan-rakan berkongsi mengenainya di media sosial,” kata Roslaily.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!