Najib bercuti di Langkawi

Nasi lemak bungkus antara menu sarapan Najib pagi tadi. - Foto:Facebook Najib Razak
Nasi lemak bungkus antara menu sarapan Najib pagi tadi. - Foto:Facebook Najib Razak
A
A
A

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memulakan percutian di Pulau Langkawi dan dijangka berada di pulau peranginan itu hingga Rabu ini.

Beliau tiba di Langkawi malam tadi dan disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil peluang untuk berehat di pulau legenda itu sambil mengadakan walkabout untuk berjumpa penduduk secara santai.

“Tiada program rasmi diadakan, hanya dipenuhi dengan perjumpaan santai, bermain golf, jalan-jalan ke tempat menarik selain berehat,” katanya.

Menurutnya, Najib turut dijadualkan mengadakan perjumpaan bersama semua Ketua Umno Bahagian pada malam ini.

“Najib bersarapan di Pantai Chenang pagi tadi, sambil berjalan-jalan beliau disapa orang ramai termasuk pelancong luar negara yang mahu bergambar bersamanya. Seterusnya Najib makan tengah hari di Padang Mat Sirat,” katanya.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi disambut meriah, malam tadi. - Foto:Facebook Najib Razak
Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi disambut meriah, malam tadi. - Foto:Facebook Najib Razak



Ahmad Bashah berkata, sambutan terhadap kedatangan Najib di Langkawi amat luar biasa bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hingga dua lokasi yang dikunjunginya.

“Saya terperanjat tengok sambutan diberikan kepada Najib, sangat luar biasa. Ramai yang mahu berswafoto dengan beliau dan Najib dilihat sangat seronok dan mesra melayani permintaan orang ramai,” katanya.

Najib turut memuat naik beberapa gambar beliau di Langkawi dan membuat beberapa posting mencuit hati di Facebook miliknya.

Artikel Berkaitan:

Antara posting beliau adalah yang dimuat naik dua jam lalu, “Dah breakfast ke? Hidup ini sebenarnya simple saja. Kalau lapar, makan. Kalau dahaga, minum. Kalau rindu, cakap. Kalau sayang, beritahu. Kenapalah nak complicated sangat?”

Secara berseloroh, Najib memaklumkan kedatangan beliau ke Langkawi kali ini adalah untuk membeli barangan seperti coklat dan mahu makan ikan bakar.

“Saya datang Langkawi nak beli periuk sikit, makan ikan bakar. Coklat pun murah kat sini?” katanya yang dipetik dari Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis sahkan terima laporan program Najib di Langkawi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!