Norma baharu uji kem ragbi 7 sebelah wanita negara

Skuad ragbi 7 sebelah wanita negara sebelum ini meraih gangsa pada pada saingan Sukan SEA edisi Filipina 2019.
Skuad ragbi 7 sebelah wanita negara sebelum ini meraih gangsa pada pada saingan Sukan SEA edisi Filipina 2019.
A
A
A

SKUAD ragbi 7 sebelah wanita negara berdepan cabaran norma baharu dalam usaha mempertingkatkan persediaan pasukan selepas pembatalan dan penangguhan beberapa saingan domestik serta antarabangsa berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut ketua jurulatihnya, Nik Safuan Ismade Nik Man, kecergasan dan prestasi semasa anak-anak buahnya tidak dapat dinilai buat masa ini walaupun sudah hampir tiga bulan menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN).

“Satu ujian kecergasan telah dilakukan pada 15 September lalu bagi menetapkan aras tanda (benchmark) setiap pemain. Tahap kecergasan pemain-pemain masih dipantau setiap hari. Buat masa ini, tahap kecergasan pemain-pemain sukar dinilai berikutan ketiadaan kejohanan domestik dan antarabangsa.

“Jadi bagi mengatasi masalah ini, jurulatih telah menyesuaikan program latihan dengan menekankan aspek 'strenghten basic foundation' secara spesifik dan umum dengan tempoh general preparation phase (GPP) telah dipanjangkan berikutan tiada kejohanan pada masa ini,” katanya.

Tambah Nik Safuan Ismade, pada masa ini tumpuan latihan akan lebih terarah kepada meningkatkan tahap kecergasan secara menyeluruh dan kemahiran asas memandangkan majoriti pemain masih baharu dalam peringkat kebangsaan yang mana keperluan ini amat kritikal untuk persediaan atlet

“Kita juga mengadakan kelas undang-undang dan peraturan ragbi bagi memberikan pemain-pemain lebih kefahaman mengenai sukan ini.

“Untuk perlawanan ujian, memang pada mulanya pihak jurulatih dan pengurusan bersetuju untuk diadakan pada minggu kedua November diikuti minggu pertama Disember.

“Namun oleh kerana (PKPB) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bersambung, jadi kami terpaksa menunda ke tarikh yang sesuai sehingga PKPB berakhir,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!